Jam baru 10.30 pagi. Belum lama saya rehat, dan tengah mengisi borang cuti..telepon offise berdering, ada panggilan dari bilik pentadbiran..bahawa ada budak baru di hantar bilik rawatan..
Saya hadir dan melihat budak ni tengak ketakutan dan menutop mata. Setelah di scan, tiada apa gangguan, lalu saya minta jasa khidmat kaunselling. Saya terus berlalu tapi di tarik semula bagi membantu seorang pesakit lagi.
Rupanya gadis C lagi. Dorang kata dia mengamok sebentar tadi, tapi sekarang nampak pulih. Mengapa teman tadi tu seorang perawat juga (lain guru) menyuruh saya merawat budak ni. Dia nampak sehat. Bila di tanya rasanya , dia menjawab ada rasa berat di belakang tengkok.
Tak lama selepas scan, dan membaca surah mukminon, gangguan hadir dan rupanya ganguan@jon sama lagi berpaut di belakang tengok.
Ana tanya mahu keluar, dia kata mahu, tapi saya pasti dia akan datang , lalu ku tanya , kamu mahu kawin. lantas dia mengganguk. Lalu saya berdoa ke hadrat Allah memberikan dia isteri sejenisnya dan tidak akan menganggu dan masuk kedalam budak ni lagi..
Tidak lama lepas tu, saya katakan nah pasangan mu sudah hadir, sekarang kamu keluar dan tidak akan masuk badannya lagi. Si C rebah perlahan lahan, saya terus berinteraksi, dan mengatakan, keluar semua, jangan menahan lagi semua keluar..tangan budak ni bergegar. Selepas tiada gerakkan lagi saya mengucap salam dan budak tu dibangunkan.
Alhamdulillah, dia merasa ringgan.
Setengah jam selepas tu saya mencek lagi, dia dah ok dan nampak riang.Syukor ya Allah atas bantuan mu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan