Selasa, 30 Julai 2013

Jin Kafir

Dibulan puasa yang mulia, saya membaca tafsir dan mencari info apa yang menganggu manusia. Terbaca dalam soal jawab Nabi kita Muhammad Rasulullah salalahua alaihiwasalam. bersama Iblis laknatullah. "Pada hari umat tuan mula berpuasa, dengan perintah Allah datanglah sekelian Malaikat dengan garangnya menangkap hamba dan tentera hamba; jin, syaitan dan ifrit lalu dipasung kaki dan tangan dengan besi panas dan dirantai serta dimasukkan ke bawah bumi yang amat dalam. Di sana pula beberapa azab yang lain telah menunggu kami. Setelah habis umat tuan berpuasa barulah hamba dilepaskan dengan amaran agar tidak mengganggu umat tuan. Umat tuan sendiri telah merasa ketenangan berpuasa seperti mana mereka bekerja dan bersahur seorang diri di tengah malam tanpa rasa takut berbanding bulan biasa."

Teman ana bersama-sama hendak merawat pesakit ulangan. Dia kata gangguan samseng suka tumbuk orang. Saya setuju hendak pergi, lagi pun TG saya juga ada. Malangnya alamat tidak dikaci hanya selepas satu jam saya mencari. Akhirnya meseg teman baru saya terima..Alhamdulillah saya dapat juga kerumah pesakit yang cuma 15 minit dari rumah saya.

Bila datang saya tengok TG dan teman masih memegang pesakit yang membebel. Mereka cuba mengesan tempat ganguan ni bersembunyi. Teman yang memangil kami (3 orang) hanya melihat dan memberi kami (4 orang) peluang merawat.  Ini sudah dikira ramai 7 perawat mencoba dan dari dua perguruan.

Saya duduk sebelah teman seperguruan, jin tu terus berkata dia benci saya. saya diam dan terus membaca memohon perlindungan dan pertolongan dari Allah.

Saya cuba membaca Kaf Ha Ya AIn Sod dan berniat memacak kebumi. tapi dengan senang saja dia bergerak lepas. dan bergerak kepada salah seorang teman yang memangil tadi. Rupanya jin ini dendam pada teman saya tu Major R. Cerita saya dengar, isteri dan anak jin ni dah mati di bantai oleh teman tu dulu. Kami terus memegang badan pesakit sebelum sempat menumbuk dan menerajang Major R. kami terbalikkan badannya bagi mengurangkan gerakkan pesakit. Sebab dia juga mencuba mengigit tangan teman saya dan telah menarik baju teman yang lain sehingga koyak sedikit baju gamiz nya.

Keadaaan ni telah masuk setengah jam..dan jin belum jugak keluar. TG mengundur diri kerana saya tahu dia  kurang selesa dengan terlalu banyak perawat akan jin merasa lebih bongkak dan berkuat..kerana bacaan quran akan memberi dia banas baran.

Saya tengok jam dan teman Major R, beliau membawa beberapa potong ayat khusus DS, dan jin tu kata dia dah tahu tu semua yang dibaca. Terlalu lama jin yang mengelar namanya Bota didalam badan dan belum juga mahu keluar.

Saya cuba berdakwah, padanya kerana jika sudah tahu alquran mengapa tak mahu masuk islam. Islam tu cantiq dan tiada menzalimi antara umat. Dia diam, dan saya terus dakwah dan bacakan ayat Albaqarh ..amanarasul... jika teresak esak.. dan mengangok faham maksud ayat. dia lebut dan,lemah, kata saya sentiasa berdoa minta jalan yang lurus, seperti dalam surah ALfatihah..selepas habis saya baca. dia diam.

Rupanya dia sudah keluar..


Wallahua alam..bersambung


Tiada ulasan:

Catat Ulasan