Teman saya telepon, untok sama sama membantu saudaranya. Ini pengalaman kami yang kedua merawat selepas tamat kursus rawatan di Malaysia dulu
saya : kenapa dengan dia ?
teman : anak nya sering nangis.
saya : jangan lewat sangat lah, sebab nak ambik anak balik sekolah
Pentang selepas solat asar kami beredua pergi. Rumah sederhana dihujung jalan. Tiada rasa pelik atau terhidu sesuatu. Hanya jalan masuk rumah berhadapan dengan pintu masuk rumah. Dalam hati saya, jika bangsa cina, memang dah tukar pintu masuk ni. Ahhh, kata hati saya, baik buruk dari Allah..tawakal
Kami dipelawa masuk..saya dapat tahu, yang panggil ni saudara sepupu teman saya. dia seorang askar. Anaknya sering menanggis dan merasa seram dalam bilik tidur mereka. Telah banyak memanggil beberapa perawat termasuk paranormal. Terasa rendah di dalam diri. Apalah kami dibandingkan dengan nama perawat yang mereka jumpai. Untok menyenangkan dan tenangkan hati, sendiri berkata, minta pertolongan Allah yang lebih penting.
Mereka anak beranak duduk didepan saya. Sejurus duduk, ada sesuatu menyelubungi badan saya. Badan dan tangan meremang bulu roma. Saya doa pada Allah minta keselamatan. dan buat donno aje. Lima minit selepas tu, rasa tu hilang.
Kami mulakan dengan suami nya, dan di scan.serta minta bantuan doa dari teman seguruan di Malaysia. Beliau bersahaja dan tenang, Tiada nampak ganguan dan rasa yakin diri.
Suaminya terasa panas dan berat tangan kanan..bila di scan. Dia merasa heran. Saya minta pertolongan Allah untok mengeluarkan ganguan dibadannya. Alhamdulillah dia rasa selesa lepastu. Beberapa ayat rokyah saya baca bagi memastikan tiada ganguan yang masih melekat pada suami.. Teman seguruan menghantar ayat ayat Alquran bagi bantuan dan niat mem"bom" ganguan di rumah dan dibadan suami
Beralih pada Isterinya. Kami scan dan rokyah. Tiada reaksi dijumpai. walaubagaimana pun. Saya gunakan serban memukul bahagian tempat beradanya ganguan bertapa. perut, tulang belikat, tengkok, peha. Syukor Alhamdulillah tiada apa yang terasa.
Disuami dibekal kan amalan supaya mengurangkan ganguan ikut balik kerumah. Suami bersetuju dan minta isterinya menolong menulis ayat quran Surah Albaqarah ayat 30
Kami tamatkan rawatan dalam 1 jam dan minta diri.
Dua hari selepas tu, kami dimaklomkan ganguan pada rumah dan anaknya tiada, serta sudah bolih tidur dengan nyenyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan